Yeay!
Akhirnya,
Kedua-dua berjaya dapatkan suntikan vaksin ketiga di Klinik yang sama.
Kali ini, tidak ada sebarang masalah, Sekut & Asap sihat & tidak buat perangai selepas kena suntik.
Kedua-dua sihat.
Doktor cakap, Kedua-dua hanya perlu buat suntikan Vaksin tahunan sahaja & suntikan pencegahan setiap 3 bulan ( De-flea/De-worm ).
Pencegahan untuk tiga bulan sekali itu, boleh dibuat sendiri. Tapi alahai, baik doktor jela buat kan.
Alang-alang, boleh check kesihatan Sekut & Asap sekaligus.
Saturday, October 31, 2015
Wednesday, October 28, 2015
Mau Mengawan 2
Mengawan Session again. Sudah 3 hari, Sekut mengiau yang amat kuat.
Ini cycle sekut yang kedua.
Perlu mandulkan ni! Tak sanggup tidur diganggu Sekut.
Rasa-rasa Asap pun dah mula annoy dengan bising si Sekut tu.
Saturday, October 24, 2015
Saturday, October 17, 2015
Asap nak tidur sini
Asap sebenarnya sangat manja walaupun asap ni adalah jantan. kalau kami tengah syok-syok tengok TV, Mesti dia datang nak duduk tengah-tengah macam gambar kat atas ini.
Kalau tak kasi? dia main rebah je badan dia atas kami. Tak kisah lah landing kat mana pun. Asal dapat duduk bertepek macam ini.
Bunyi Purr....tak yah cakap lah. kuat betul.
Friday, October 16, 2015
Caught in action!
Makin teruk selipar biru tu jadi mangsa si Sekut. Selipar pink elok je. Hehehehe. Asap jaga selipar pink tu. Sekut tak berani nak gigit. Hehehee
Nak gigit sikit...jeng jeng jeng |
Asap : Ha! Sekut nak buat apa tadi.... Sekut : lalalalalalala..... sekut tgk burung lah... |
Sekut : Debab ni kan, aku nak gigit sikit pun xbole! |
Wednesday, October 14, 2015
Siapakah itu?
Hi, Kimi.... Kimi nak kawan dengan Sekut kan.
Tapi, Sorry la kimi, Sekut takut dengan kamu.
Sekut tak keluar dari carrier langsung.
Asap memandang dari jauh saja. Malas nak layan. |
Sunday, October 11, 2015
Saturday, October 10, 2015
Friday, October 9, 2015
Mari duduk atas katil
Sekut atas badan |
Actually Asap ada je kat sebelah, Dua-dua nak duduk atas katil.
Asap kat sebelah |
Thursday, October 8, 2015
Jenis Makanan kucing
Secara umumnya ada 4 jenis makanan kucing :
- Holistic cat food
- Super Premium cat food.
- Premium cat food
- Commersial/ Economy cat food
Harganya pula sudah tentu berbeza, Super premium/Holistic memang agak mahal berbanding yang lain. Paling murah dan senang dijumpai adalah makanan jenis komersial, murah & senang nak jumpa.
Bagi yang ada kucing, mesti perasan banyak makanan kucing yang dijual di super market... macam friskies, whiskies... etc etc.... itulah jenis komersial.
Jika kita bagi makanan jenis komersial, kena pastikan kucing minum air secukupnya sebab kandungan garam adalah tinggi. Ianya tidak baik untuk kucing.
Premium cat food lak macam Royal Canine, Hills, Brit, Natural balanced, Iams dan etc etc...
Antara kriteria nak pastikan makanan kucing kita itu, premium atau tidak adalah..... pastikan dalam bahan-bahan makanan kucing itu, tidak ada ada word by-product... by product chicken, by product turkey...
Royal canin antara yang paling popular di Malaysia. Royal canin ni ada macam-macam jenis. Dari kitten sampai lah senior . Boleh check kat sini. royalcanin
Tapi versi murah untuk Royal canin adalah blackwood. Ini pendapat sahaja tau. Kami pernah terfikir nak guna blackwood juga sebelum ini sebab kawan-kawan pun ada suggest jenis ini.
Tak tahu lah kenapa, tak terbuka hati nak bagi anak-anak royal canin. Kalau boleh, cuba kasi anak-anak jenis premium cat food pun sudah cukup. Boleh dikatakan berkhasiat.
Tapi versi murah untuk Royal canin adalah blackwood. Ini pendapat sahaja tau. Kami pernah terfikir nak guna blackwood juga sebelum ini sebab kawan-kawan pun ada suggest jenis ini.
Tak tahu lah kenapa, tak terbuka hati nak bagi anak-anak royal canin. Kalau boleh, cuba kasi anak-anak jenis premium cat food pun sudah cukup. Boleh dikatakan berkhasiat.
Jenis super premium pulak macam Sanabelle, 1st choice , Profine Adult Cat dan ProNature Holistic.
Sample makanan Sanabelle masih ada kat rumah, tak guna-guna lagi.
Holistic adalah jenis makanan kucing yang dikatakan terbaik. Sihat al-kisahnya. Kandungan protein memang tinggi. Salah satu yang kami guna adalah Orijen. Selain itu, ada juga brand lain seperti Wellness, Chicken soup.... etc etc...
Pernah juga terbaca dalam satu forum itu, holistic cat food kurang diminati kucing sebab tak ada rasa sangat. Tapi kami tengok asap & sekut makan je.
Orijen Chicken Cat & kitten |
Kalau kurang pasti nak belikan makanan apa untuk kucing kita, tanya saja kat penjual produk pet shop tu. Cakap saja saya nak kucing saya menjadi bulu panjang ke, bulu gebu ke, besarkan badan ke, gemukkan badan ke, kuruskan badan ke, taik taknak busuk ke, etc etc.
Based on your given information, mereka akan suggest jenis cat food yang sesuai.
For us, we prefer grain-free product because based on our believed, cat is a carnivor animal, not omnivor animal. Kucing hanya perlu protein. Sikit-sikit karbo is more than enough for them.
Kami cakap je grain-free, tahu lah diorang nak suggest apa.
Kami cakap je grain-free, tahu lah diorang nak suggest apa.
Saturday, October 3, 2015
Vaksin kedua
Nak kemana kah kita? Umah opah kot.... |
Ok then,
Kami awalkan 2 hari untuk dapatkan suntikan vaksin untuk kali kedua. Sepatutnya 6hb.10.2015 untuk dapatkan suntikan vaksin tapi awal seminggu dibolehkan. Susah pulak nak ke klinik hari biasa kan. Kami ke klinik yang sama.
Kami sampai sana jam 7.00pm, Tapi orang yang dapat masih tak putus-putus. Tapi xde lah sampai nak kena q lama2, just less than 5 minutes je.
Buku kesihatan anak-anak |
Macam biasa, sebelum kena suntik mesti check suhu/Berat kucing terlebih dahulu. Mesti kena sihat before suntik vaksin. Alhamdullilah, suhu mereka okay. Boleh dapatkan vaksin.
Berat Sekut before : 2.2 kg
Berat Sekut Now : 2.4 kg (200g)
Berat Asap before : 2.8 kg
Berat Asap Now : 3.12 kg ( 320g)
Asap buat perangai tak nak makan ubat, dia tak nak buka mulut langsung, terpaksalah doktor kasar sikit. hmm, Padan muka! Tapi, takde lah susah mana nak uruskan Asap tu. Kali ni, doktor abu titik kan spot on kat belakang diorang untuk hilangkan kutu. Kutu tak banyak pun, 2,3 ekor je. Tapi tak boleh dibiarkan, tak elok untuk kesihatan diorang.
Sekut masih garang dengan doktor, tapi dah makin berkurang. Assistant doktor masih pegang Sekut dengan towel. Nanti kena cakar pulak kan. Sekut pun sama, kena titik spot on juga.
Sekut with Doktor Abu.. |
Tapi, buang air besar je kat luar, tapi kencing elok je dalam litter's box tu, Maka, doktor cakap itu lebih kepada perangai kucing tu. Macam mogok lah bawak dia jumpa doktor.
Sekut kepenatan selepas kena vaksin.... |
Dalam perjalanan pulang, Sekut buat hal, berbuih mulut dan air liur keluar tak henti-henti. Risau dibuatnya. Kami terus WhatsApp klinik untuk tanyakan hal ini, Rupanya Sekut cuba untuk buangkan ubat yang dia makan. Itu pasal yang air liur keluar saja.
Sampai saja dirumah, Asap buat hal pulak, dia muntah & cirit birit. Adoi. Kami terus WhatsApp klinik sekali lagi. Klinik pesan kami kuarantin kan Asap terlebih dahulu. Kalau esok masih tidak baik , segera bawa ke klinik semula.
Alhamdullilah, esoknya asap dah sihat seperti biasa.
Selesai semua urusan, Total hari ini. RM100.00.
Vaksin/Deworm = RM30
Spot-On = RM20
Next appointment : 3/11/2015.
Asap merenung jerebu diluar
Teruk betul jerebu kat luar ni. |
Sekut, kita kena pakai mask ni... |
eh! jerebu teruk mcm ni pun mama nak keluar jugak |
mama ni...mmg degil..... |
Friday, October 2, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)