Showing posts with label Sekut. Show all posts
Showing posts with label Sekut. Show all posts

Monday, April 11, 2016

New babies


Alhamdullilah, Sekut selamat melahirkan 5 anak kucing yang comel-comel.

11.04. 2016

 Now, kena pastikan anak kucing tu dapat survive. Maklum lah ibu muda....


age 1 day

3 ekor warna ikut asap, 2 ekor warna sekut.



Aksi bapaknya, kusyuk tengok makhluk kecil dalam kotak.

Jenguk sikit


Ini yang dijenguk asap



Thursday, April 7, 2016

Tak dapat berpisah


Sekut & Asap sangatlah mengada, Kami terpaksa pisahkan diorang lah sebab sekut dah sarat bunting. Tapi tengok gaya mereka, sedih sangat konon.

Bukan pisahkan jauh pun, asingkan sangkar saja. haih.



Sedihnya sap oi.....



Saturday, April 2, 2016

New cage! 3 tingkat untuk Asap sekeluarga


Sekut dah nak due, so kena prepare extra cage untuk asingkan Asap dari Sekut. 

Monday, February 29, 2016

Sekut dah bunting


Finally, after months.... she finally pregnant. Maybe in early April we gonna have new babies. 


Actually, we are quiet worried because the father 'asap' actually has bigger 'rangka' than sekut. Hopefully, Sekut will be just fine & strong.

Monday, January 4, 2016

Asap dan Sekut mengawan


Sesi Sekut bising-bising akhirnya dibalas oleh Asap.
Tapi kelakar tgk Asap tak berjaya dah beberapa kali mencuba.

Kami terpaksa buka kolar leher Sekut,
Macam nak tercekik saja Sekut ni bila kena dengan Asap.
Phew.

Tapi kan, mereka dua ekor ni, langsung tak segan nak berasmara depan kami. Kami tengah asyik tengok TV pun diorg berasmara depan-depan kami.



Kita tunggu & lihat menjadi atau tidak. 


Sunday, December 13, 2015

Muka anak bulus kena tinggal......













Susah nak pujuk Asap kalau dia merajuk, Harap je jantan tapi manjanya gila.


Saturday, November 14, 2015

New dry food for Sekut


Sekut sememangnya kecil sejak kami adopt lagi, pelbagai usaha nak besarkan dia. Sekarang usia dia 7 bulan, berat 2.4kg sahaja. Dalam gambar nampak macam besar saja, sebenarnya halus je. Asap sekarang dah double saiz badan berbanding sekut. 

So, kami cuba ubah makanan sekut, kami guna brand Tuscan Natural  "Harvest Turkey & Chicken Recipe".  Make sure ratio makanan asal & makanan baru betul-betul before tukar makanan kucing. Sesetengah kucing boleh sakit kalau tukar mendadak macam itu je.



Masih lagi Grain-free & Chicken. Sekut memang tak berapa suka ikan-ikan ni. So mesti Chicken.   Masalahnya kena monitor Sekut makan, incase Asap datang kacau Sekut makan macam biasa.

Terpaksalah kami jadi pak guard time Sekut & Asap makan sebab Asap masih dikekalkan makan Orijen. 
 


Sunday, November 8, 2015

Cubaan nak menyerang tak menjadi



Tidak boleh berpisah


At first, Asap tengah tidur 'purringly' . Kusyuk gila tidur.
Sekut yang selalu datang nak tidur sebelah Asap. Mesti sebab nak share haba Asap agaknya.
Habis kena penyek muka Asap itu...

Tapi tak lama ler kalau diorang tidur macam ini.
Sebab Sekut akan rimas once Asap dah peluk kemas-kemas. hehehehe.

Friday, November 6, 2015

Naik ikut!


Orang sibuk kemas barang, Sekut sibuk nak join sama.


Sekut nak ikut, bole?

Saturday, October 31, 2015

Vaksin ketiga

Yeay!

Akhirnya,

Kedua-dua berjaya dapatkan suntikan vaksin ketiga di Klinik yang sama.

Kali ini, tidak ada sebarang masalah, Sekut & Asap sihat & tidak buat perangai selepas kena suntik.

Kedua-dua sihat.

Doktor cakap, Kedua-dua hanya perlu buat suntikan Vaksin tahunan sahaja & suntikan pencegahan setiap 3 bulan ( De-flea/De-worm ).

Pencegahan untuk tiga bulan sekali itu, boleh dibuat sendiri. Tapi alahai, baik doktor jela buat kan.

Alang-alang, boleh check kesihatan Sekut & Asap sekaligus.



Wednesday, October 28, 2015

Mau Mengawan 2


Mengawan Session again. Sudah 3 hari, Sekut mengiau yang amat kuat. 

Ini cycle sekut yang kedua. 

Perlu mandulkan ni! Tak sanggup tidur diganggu Sekut. 

Rasa-rasa Asap pun dah mula annoy dengan bising si Sekut tu.



Friday, October 16, 2015

Caught in action!



Makin teruk selipar biru tu jadi mangsa si Sekut. Selipar pink elok je. Hehehehe. Asap jaga selipar pink tu. Sekut tak berani nak gigit. Hehehee

Nak gigit sikit...jeng jeng jeng
Asap : Ha! Sekut nak buat apa tadi....
Sekut : lalalalalalala..... sekut tgk burung lah...
Sekut : Debab ni kan, aku nak gigit sikit pun xbole!






Wednesday, October 14, 2015

Siapakah itu?





Hi, Kimi.... Kimi nak kawan dengan Sekut kan. 
Tapi, Sorry la kimi, Sekut takut dengan kamu. 
Sekut tak keluar dari carrier langsung. 

Asap memandang dari jauh saja. Malas nak layan.

Sunday, October 11, 2015

Friday, October 9, 2015

Mari duduk atas katil

Sekut atas badan
Mujur Sekut ini ringan. Kalau Asap duduk atas riba mcm ini. Mmg tak lama lah. Berat!

Actually Asap ada je kat sebelah,  Dua-dua nak duduk atas katil.

Asap kat sebelah