Secara umumnya ada 4 jenis makanan kucing :
- Holistic cat food
- Super Premium cat food.
- Premium cat food
- Commersial/ Economy cat food
Harganya pula sudah tentu berbeza, Super premium/Holistic memang agak mahal berbanding yang lain. Paling murah dan senang dijumpai adalah makanan jenis komersial, murah & senang nak jumpa.
Bagi yang ada kucing, mesti perasan banyak makanan kucing yang dijual di super market... macam friskies, whiskies... etc etc.... itulah jenis komersial.
Jika kita bagi makanan jenis komersial, kena pastikan kucing minum air secukupnya sebab kandungan garam adalah tinggi. Ianya tidak baik untuk kucing.
Premium cat food lak macam Royal Canine, Hills, Brit, Natural balanced, Iams dan etc etc...
Antara kriteria nak pastikan makanan kucing kita itu, premium atau tidak adalah..... pastikan dalam bahan-bahan makanan kucing itu, tidak ada ada word by-product... by product chicken, by product turkey...
Royal canin antara yang paling popular di Malaysia. Royal canin ni ada macam-macam jenis. Dari kitten sampai lah senior . Boleh check kat sini. royalcanin
Tapi versi murah untuk Royal canin adalah blackwood. Ini pendapat sahaja tau. Kami pernah terfikir nak guna blackwood juga sebelum ini sebab kawan-kawan pun ada suggest jenis ini.
Tak tahu lah kenapa, tak terbuka hati nak bagi anak-anak royal canin. Kalau boleh, cuba kasi anak-anak jenis premium cat food pun sudah cukup. Boleh dikatakan berkhasiat.
Tapi versi murah untuk Royal canin adalah blackwood. Ini pendapat sahaja tau. Kami pernah terfikir nak guna blackwood juga sebelum ini sebab kawan-kawan pun ada suggest jenis ini.
Tak tahu lah kenapa, tak terbuka hati nak bagi anak-anak royal canin. Kalau boleh, cuba kasi anak-anak jenis premium cat food pun sudah cukup. Boleh dikatakan berkhasiat.
Jenis super premium pulak macam Sanabelle, 1st choice , Profine Adult Cat dan ProNature Holistic.
Sample makanan Sanabelle masih ada kat rumah, tak guna-guna lagi.
Holistic adalah jenis makanan kucing yang dikatakan terbaik. Sihat al-kisahnya. Kandungan protein memang tinggi. Salah satu yang kami guna adalah Orijen. Selain itu, ada juga brand lain seperti Wellness, Chicken soup.... etc etc...
Pernah juga terbaca dalam satu forum itu, holistic cat food kurang diminati kucing sebab tak ada rasa sangat. Tapi kami tengok asap & sekut makan je.
Orijen Chicken Cat & kitten |
Kalau kurang pasti nak belikan makanan apa untuk kucing kita, tanya saja kat penjual produk pet shop tu. Cakap saja saya nak kucing saya menjadi bulu panjang ke, bulu gebu ke, besarkan badan ke, gemukkan badan ke, kuruskan badan ke, taik taknak busuk ke, etc etc.
Based on your given information, mereka akan suggest jenis cat food yang sesuai.
For us, we prefer grain-free product because based on our believed, cat is a carnivor animal, not omnivor animal. Kucing hanya perlu protein. Sikit-sikit karbo is more than enough for them.
Kami cakap je grain-free, tahu lah diorang nak suggest apa.
Kami cakap je grain-free, tahu lah diorang nak suggest apa.
susah nak pilih Makanan kucing yang betul. dah banyak sangat kat luar sana
ReplyDelete