Saturday, October 3, 2015

Vaksin kedua

asapdansekut.blogspot.my
Nak kemana kah kita? Umah opah kot....
Hahaha, sorry sayang!, kita kena pergi klinik untuk injection kedua.


Ok then,

Kami awalkan 2 hari untuk dapatkan suntikan vaksin untuk kali kedua. Sepatutnya 6hb.10.2015 untuk dapatkan suntikan vaksin tapi awal seminggu dibolehkan. Susah pulak nak ke klinik hari biasa kan. Kami ke klinik yang sama. 

Kami sampai sana jam 7.00pm, Tapi orang yang dapat masih tak putus-putus. Tapi xde lah sampai nak kena q lama2, just less than 5 minutes je. 

Buku kesihatan anak-anak
Seperti biasa, kami perlu register kan anak-anak terlebih dahulu, kepada sesiapa yang pernah dapat vaksin dari mana-mana pusat kesihatan haiwan , mereka akan diberikan buku vaksin... "Pet Health records" . Sekut dapat satu buku, Asap dapat satu buku.

Macam biasa, sebelum kena suntik mesti check suhu/Berat kucing terlebih dahulu. Mesti kena sihat before suntik vaksin. Alhamdullilah, suhu mereka okay. Boleh dapatkan vaksin.

Berat Sekut before : 2.2 kg
Berat Sekut  Now   : 2.4 kg (200g)

Berat Asap  before : 2.8 kg
Berat Asap  Now    : 3.12 kg ( 320g)






Asap buat perangai tak nak makan ubat,  dia tak nak buka mulut langsung, terpaksalah doktor kasar sikit. hmm, Padan muka! Tapi, takde lah susah mana nak uruskan Asap tu. Kali ni, doktor abu titik kan spot on kat belakang diorang untuk hilangkan kutu. Kutu tak banyak pun, 2,3 ekor je. Tapi tak boleh dibiarkan, tak elok untuk kesihatan diorang.

Sekut masih garang dengan doktor, tapi dah makin berkurang. Assistant doktor masih pegang Sekut dengan towel. Nanti kena cakar pulak kan. Sekut pun sama, kena titik spot on juga.

Sekut with Doktor Abu..
Sambil-sambil doktor periksa mereka, kami tanya kan pasal perangai Asap yang suka membuang najis sebelah litter's box. Apa masalahnya...  at first doktor minta kurungkan Asap dalam cage bersama litter's box tu untuk ingatkan kembali membuang dalam box.

Tapi, buang air besar je kat luar, tapi kencing elok je dalam litter's box tu, Maka, doktor cakap itu lebih kepada perangai kucing tu. Macam mogok lah bawak dia jumpa doktor.

Sekut kepenatan selepas kena vaksin....
Haih................. Mengada & manja.





Dalam perjalanan pulang, Sekut buat hal, berbuih mulut dan air liur keluar tak henti-henti. Risau dibuatnya.  Kami terus WhatsApp klinik untuk tanyakan hal ini, Rupanya Sekut cuba untuk buangkan ubat yang dia makan. Itu pasal yang air liur keluar saja.













Sampai saja dirumah, Asap buat hal pulak, dia muntah & cirit birit. Adoi. Kami terus WhatsApp klinik sekali lagi. Klinik pesan kami kuarantin kan Asap terlebih dahulu. Kalau esok masih tidak baik , segera bawa ke klinik semula.

Alhamdullilah, esoknya asap dah sihat seperti biasa.





Selesai semua urusan, Total hari ini. RM100.00.

Vaksin/Deworm = RM30
Spot-On = RM20

Next appointment : 3/11/2015.

No comments:

Post a Comment