Jalan-Jalan cari makan di Penang minggu lepas, Kami ternampak satu kedai haiwan. Tapi lupa nak snap gambar. Selepas park kereta, terus masuk kedai...tengok sana tengok sini. Banyak bekalan untuk anjing berbanding kucing. Kami tanyalah juga harga makanan kucing "Orijen" , tapi mereka tak jual. Orijen memang susah nak jumpa...Haih. Takpela kan.
So, kami tanya tauke ada jual brewer yeast tak, mula-mula dia tanya nak beli berapa biji. Kami jawap sebotol terus, tak nak repack. Terus beli 1 botol. Harganya agak berpatutan berbanding kedai-kedai di KL.
Actually, kami pernah tanya beberapa kedai...
Kedai A : 100 biji , RM15 (Repack)
Kedai B : 100 biji, RM12 (Repack)
Kedai C : 125 biji, RM25 ( 1 Botol)
Pasaran malaysia macam agak terhad untuk pilihan brewer yeast ni.
Sebelum ini, kami guna brand Four Paws macam kat bawah ni.
Sekarang kena ubah kepada brand 'BYS' , harap-harap sesuai lah...