Monday, December 14, 2015

Kelebihan Brewer yeast terhadap kucing



Pertama, Kuatkan sistem keimunan kucing.

Kedua, Sihatkan Kulit kucing dan membuatkan bulu kucing lebih cantik. Maka, kurangkanlah masalah seperti keguguran bulu kucing. Tapi takde lah sampai 100% tak gugur langsung bulu kucing itu. Sedangkan rambut manusia pun selalu gugur, apatah lagi bulu kucing.  Brewer Yeast memang nampak kesannya terhadap Asap, Boleh nampak kan betapa lembut & bersinar bulu nya. Masalah bulu kucing gugur pun berkurang. Selain itu , nak elakkan bulu kucing selalu gugur merata-rata ni, sila la selalu sikatkan kucing itu.  Kadang-kadang berkejar juga dengan Asap & Sekut time nak sikat bulu mereka walaupun dah train sejak kecil. Phew.

Ketiga, Boleh mencegah kutu disebabkan Kutu tidak suka kepada thiamine yang merupakan sebahagian daripada Vitamin B yang terkandung dalam Brewer yeast. Apabila kucing hadam brewer yeast ni, Thiamine menyerap masuk ke salur darah dan akan menghasilkan bau. Bau ni kutu tak suka. Jadinya, kucing pun selamat dari kutu.

Asap & Sekut memang tak ada masalah untuk makan tablet brewer yeast ni. Malahan mereka suka makan, kalau boleh nak habiskan sebotol. Tapi jangan bagi ikut suka hati saja. Ada sukatan tertentu mengikut berat kucing tersebut. Kalau salah bagi, penyakit lain pula yang datang. 

Pastikan berat kucing anda terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment