Tuesday, June 2, 2015

Jumpa doktor sat!

Hospital Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras,
56100 Cheras, Kuala Lumpur


Dalam masa 3 hari selepas sekut diambil dari petshop, kena lah bawak g checkup kat hospital haiwan.

Kami pergi hospital kerajaan kat jalan cheras. Pergi pagi, dalam masa 1 jam dah siap. Cepat kan?

Bila masuk bilik vet, Vet pun cakap benda sama, alahai kecilnya. Ingatkan nak pergi vaksin sekali terus alang-alang dah ke hospital haiwan ni. Tetapi berat sekut dalam 400gram saja. Memang tak boleh lah. Sakit nnt dia. Vet just bagi ubat cacing sahaja.

Sebenarnya kami tak pasti sebenarnya umur sekut tu berapa bulan, then vet terus check gigi sekutu untuk tentukan umur sekut yang sebenar .

Usia sekut 2 bulan 22 hari. Yes, sampai bilangan hari. Tak sure lah kalau vet saja-saja je. Tapi cam serius je muka Vet tu.

Lastly, vet dewormed kan saja sekut + diberikan multivitamin.

Total RM15.00 sahaja.

No comments:

Post a Comment