Saturday, October 31, 2015

Vaksin ketiga

Yeay!

Akhirnya,

Kedua-dua berjaya dapatkan suntikan vaksin ketiga di Klinik yang sama.

Kali ini, tidak ada sebarang masalah, Sekut & Asap sihat & tidak buat perangai selepas kena suntik.

Kedua-dua sihat.

Doktor cakap, Kedua-dua hanya perlu buat suntikan Vaksin tahunan sahaja & suntikan pencegahan setiap 3 bulan ( De-flea/De-worm ).

Pencegahan untuk tiga bulan sekali itu, boleh dibuat sendiri. Tapi alahai, baik doktor jela buat kan.

Alang-alang, boleh check kesihatan Sekut & Asap sekaligus.



Wednesday, October 28, 2015

Mau Mengawan 2


Mengawan Session again. Sudah 3 hari, Sekut mengiau yang amat kuat. 

Ini cycle sekut yang kedua. 

Perlu mandulkan ni! Tak sanggup tidur diganggu Sekut. 

Rasa-rasa Asap pun dah mula annoy dengan bising si Sekut tu.



Saturday, October 17, 2015

Asap nak tidur sini




Asap sebenarnya sangat manja walaupun asap ni adalah jantan. kalau kami tengah syok-syok tengok TV, Mesti dia datang nak duduk tengah-tengah macam gambar kat atas ini.

Kalau tak kasi? dia main rebah je badan dia atas kami. Tak kisah lah landing kat mana pun. Asal dapat duduk bertepek macam ini.

Bunyi Purr....tak yah cakap lah. kuat betul.

Mata bulat Asap


Pantang buka pintu bilik, mesti nak terjah masuk.
Buat muka comel-comel macam ini.

Fokus betul!

Friday, October 16, 2015

Caught in action!



Makin teruk selipar biru tu jadi mangsa si Sekut. Selipar pink elok je. Hehehehe. Asap jaga selipar pink tu. Sekut tak berani nak gigit. Hehehee

Nak gigit sikit...jeng jeng jeng
Asap : Ha! Sekut nak buat apa tadi....
Sekut : lalalalalalala..... sekut tgk burung lah...
Sekut : Debab ni kan, aku nak gigit sikit pun xbole!






Wednesday, October 14, 2015

Siapakah itu?





Hi, Kimi.... Kimi nak kawan dengan Sekut kan. 
Tapi, Sorry la kimi, Sekut takut dengan kamu. 
Sekut tak keluar dari carrier langsung. 

Asap memandang dari jauh saja. Malas nak layan.