Thursday, August 20, 2015

Cubaan Vaksin lagi Part 2



Hmmmmmmm.....
Sepatutnya malam nanti bawak anak-anak ke Klinik untuk dapatkan vaksin. 
Tapi kena tunda lagi lah.

Kenapa?

Awal pagi sebelum ke pejabat, mestilah bagi anak-anak makan dulu. Tapi pagi ini pelik sikit, ada objek lembek tepi toilet anak-anak.....

Alamak! Cirit lagi lah.

Sob-Sob, korang ni memang dah rancang ke awal-awal ker.... 

Sedih.... 



Wednesday, August 19, 2015

Hobi Baru


Chak! Cuba teka asap dok dalam apa skrg?

Eh, mama jawap pulak.....

Mama, Nak main kejap je......
Alamak! Kena marah dok dalam bekas mama....

Saturday, August 1, 2015

They tricked me with their adorable and cute face!

I want 'something' looks. 


I could i say no when they look at me in such way. So naughty. No more food... Gemuk already.


Wednesday, July 22, 2015

Saya suka tidur macam ini.

Tak malu betul asap ni. nampak tut jer....









Cubaan Vaksin lagi.



Selepas raya, kami bawa mereka berdua ke klinik untuk dapatkan suntikan vaksin. Klinik kerajaan yang sama. Disebabkana terlambat bangun, kami tiba tepat jam 10.00am. Phew. Nasib baik sempat. 

Ramai betul yang datang, pelbagai masalah yang kami nampak... 

Tapi ada satu makcik tu, kesian betul ibu kucing dia kena FIP (Feline Infectious Peritonitis). 
Keadaan ibu kucing itu seolah-olah bunting tetapi bukan.... Perut dipenuhi cecair...

Setakat ini, tiada ubat untuk penyakit itu.. Kita doakan terbaik untuk makcik itu. 

___________________________________________________________________

Sekut & Asap ditimbang untuk dapatkan berat terbaru, alhamdullillah. Kedua-dua yang melepasi 1.5kg. Sekut & Asap dah boleh diberikan Vaksin!

Tetapi........

Asap & Sekut tidak sihat. Ada minor cirit-birit. So, it's a big NO untuk dapatkan suntikan Vaksin.

Cubaan kami gagal lagi.

Insha Allah next time.

Al-kisah on the way balik... extra driver....

Cuba cari dimana sekut! 
Sekut nak tidur.....


____________________________________________________________________

Doktor berikan ubat cirit-birit & Multivitamin...

Jumlah Keseluruhan : RM15.00