Thursday, November 26, 2015

Review Cat litter



Selepas mencuba menggunakan "PURINA TIDY CATS Non Clumping 24/7 performance" , Kami dapati Cat litter jenis ini tidak sesuai untuk Asap.  Hasil bauan yang bercampur dengan buangan Asap & Sekut sememangnya lebih elok berbanding menggunakan cat litter jenis crystal , akan tetapi baunya masih menusuk hidung kami. Apatah lagi hidung kucing-kucing ini.

Mungkin campuran bauan dari cat litter ini dengan buangan mereka menghasil bauan baru yang sangat tidak best.

Akan tetapi,

Sekut as usual, relaks sahaja.

Tetapi Asap mengalami masalah mata selepas menggunakan jenis ini. Sensitif betul.
Terpaksalah kami mencari pilihan lain...


Saturday, November 14, 2015

New dry food for Sekut


Sekut sememangnya kecil sejak kami adopt lagi, pelbagai usaha nak besarkan dia. Sekarang usia dia 7 bulan, berat 2.4kg sahaja. Dalam gambar nampak macam besar saja, sebenarnya halus je. Asap sekarang dah double saiz badan berbanding sekut. 

So, kami cuba ubah makanan sekut, kami guna brand Tuscan Natural  "Harvest Turkey & Chicken Recipe".  Make sure ratio makanan asal & makanan baru betul-betul before tukar makanan kucing. Sesetengah kucing boleh sakit kalau tukar mendadak macam itu je.



Masih lagi Grain-free & Chicken. Sekut memang tak berapa suka ikan-ikan ni. So mesti Chicken.   Masalahnya kena monitor Sekut makan, incase Asap datang kacau Sekut makan macam biasa.

Terpaksalah kami jadi pak guard time Sekut & Asap makan sebab Asap masih dikekalkan makan Orijen. 
 


Sunday, November 8, 2015

Cubaan nak menyerang tak menjadi



Asap & Lampu






Asap masih fikir dia kecil macam Sekut, Padahal hampir beberapa kali nak jatuh lampu sebab terlanggar badan dia. Haih.

Itu belum kira lagi, dia sendiri nak terjatuh sebab memang dah tak muat nak duduk atas tu.


Tidak boleh berpisah


At first, Asap tengah tidur 'purringly' . Kusyuk gila tidur.
Sekut yang selalu datang nak tidur sebelah Asap. Mesti sebab nak share haba Asap agaknya.
Habis kena penyek muka Asap itu...

Tapi tak lama ler kalau diorang tidur macam ini.
Sebab Sekut akan rimas once Asap dah peluk kemas-kemas. hehehehe.

Saturday, November 7, 2015

Asap & membuang air besar

Masalah utama dengan Asap adalah dia sangat cerewet pasal litter box.

Kotor sikit, terus tak nak guna...

Jawapnya, terpaksalah kami membersihkan/membuang najis mereka tiap-tiap hari.

Sekut baik, tak pernah nak berak merata-rata kecuali time sakit. Biasalah tu kan.

Tapi Asap, hilang punca macam mana nak train dia supaya jangan mengada macam tu.
Kami dah tanya doktor, tapi doktor cakap itu perangai dia semata-mata. Nak tunjuk MOGOK

Mogok la sangat kan.

Kutuk Asap kan


Asap hanya berak saja di tepi litter box, Kencing memang dalam litter box. Yang pelik, kadang-kadang elok saja dia berak dalam litter box.

Haih. Agaknya kena mandulkan baru elok perangai kot.

So, sekarang, setiap kali Asap berak tepi litter box, dia akan dikurung.

Terpaksalah nak ajar dia semula, degil sangat kan.

His 'Pasrah' face. 


Friday, November 6, 2015

Naik ikut!


Orang sibuk kemas barang, Sekut sibuk nak join sama.


Sekut nak ikut, bole?