Sunday, May 31, 2015

Makan Kucing untuk sekut

Setelah 3 hari beri makan & minum pada sekut. konklusinya, Sekut tak suka makan . FYI, berdasarkan perbualan dengan previous owner untuk ibu tumpang tu. Sekut memang tidak minum susu tu. Dia tak nak. Sbb itu dia makin kurus.




Melihat keadaan sekut yang kurus & kecil tetapi perut bulat. Kami belikan makanan super premium dry food. Oleh itu, kami belikan sekut makanan kibbles Ideal balanced for kitten.

Berdasarkan apa yang aku baca, kamu semua jangan sesekali bagi kucing anda minum SUSU LEMBU. Cirit Birit lah jawapnya. Susu Lembu sangatlah tidak sesuai untuk kucing apatah lagi yang masih kecil. Oleh itu, kami beli Milkodog (susu khas untuk kucing) untuk sihatkan sekut kembali & tambah selera.

Problem adalah, sekut tak nak minum susu. Budak ni mesti tak suka betul dengan susu agaknya. Maaflah sayang, kami terpaksa bagi minum guna syringe…..

Selain itu, kami belikan wet food… tak nak makan. Kami bagi makan ayam rebus….. sentuh lah sikit. Macam mana kamu nak besar & sihat macam ni?

Hi Sekut!

Nama saya Biskut marie. Tapi nama manja saya “Sekut”.  Btw, I’m female.




Parent saya adopted me dekat Pet wonderland di IOI Mall, Puchong. Mungkin saya telah dijodohkan untuk bertemu mereka. Sebaik sahaja mereka masuk kedai Pet tersebut, saya pun dihantar kembali ke kedai itu.

Untuk pengetahuan semua, saya ada 4 adik beradik, kami terpaksa guna ibu tumpang untuk sementara waktu. Tapi abang/kakak saya semua besar-besar dan adopted terlebih dulu berbanding saya yang kecil saja.

sambung cerita…

Tapi pada hari ahad tu, sebaik saja saya masuk kembali kedai tersebut, saya jumpa parent saya. heeee, mereka terus jatuh cinta dengan saya. Akhirnya, saya dah ada family! yeay!